Sunday, August 22, 2010

....::::Kem Kepimpinan Motivasi SPR UMK:::....

Sekreteriat Pencegahan Rasuah UMK bersama PenMas Kelantan
Taklimat Jungle Tracking oleh Pok Dee

Barisan Peserta Kem Kepimpinan Motivasi bersama PenMas Kelantan

Banner Program

Barisan Sekreteriat Pencegahan Rasuah UMK,PenMas Kelantan
AJK Pelaksana SPR UMK

Outdoor Activity:Jungle Tracking

Majlis Perasmian Penutup
Depan dari kiri:Tn Hj Rahim Mohd,En Muhammad Zakaria
Sesi perbincangan LDK:Round Table

Pengarah Projek Nurjihada bt Rashidin menyampaikan cenderahati
kepada wakil PenMas Kelantan Tn Hj Rahim b Muhd


Lagu Tema

Jalinan - U.N.I.C

Tajuk Lagu: Jalinan
Penyanyi/Artis: U.N.I.C
Indahnya suasana kita dihari ini
Ceria bersama bermesra
Erat silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia

Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

Indahnya jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira di dunia ini
Lagi indahnya jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira di akhirat sana

Erat Silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia
Yang tua dihormati
Yang muda disayangi
Cetuskan suasana harmoni

Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

Kita jalinkan
Kasih sayang


Sunday, August 8, 2010

SEMINAR KE ARAH MENINGKATKAN KEBERKESANAN SPRM

Ucapan aluan Presiden Alumni SPR IPT :Khairil Anuar Azmi
Perbincangan untuk persediaan persembahan SPR IPT


Sekreteriat Pencegahan Rasuah UMK(dari kiri:Saida,Nur Fa'iqa,Ikhwan,Arif,Wan Syieda,Jihad)

sebelum Rundingan Meja Bulat(SPR UMK)

Y.Bhg Dato Hajah Sutinah Bt Sutan
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan )SPRM

Di Luar Intekma Resort Uitm(SPR UMK)


Pada 23-25 Julai 2010 SPRM (Bahagian Pendidikan Masyarakat SuruhanJaya Pencegahan Rasuah Malaysia ) telah menganjurkan satu seminar iaitu Seminar KeArah Meningkatkan Keberkesanan SPRM yang diadakan di Carlton Holiday & Suites Hotel Shah Alam Selangor.Seramai 7 orang sekreteriat (Arif ,Wan Syieda, Fa'iqa,Lokman, Asufian, Jihad, Ikhwan) dan seorang AJK Pelaksana SPR(Saida) telah menyertai seminar ini.

Objektif Seminar ini ialah:
~Memantapkan lagi pemahaman Sekreteriat Pencegahan Rasuah IPT dan alumni tentang fungsi ,peranan , dan aspirasi SPRM demi meningkatkan lagi keyakinan serta pesepsi masyarakat terhadap usaha-usaha pencegahan rasuah

~menjalinkan hubungan silaturrahim yang berterusan antara Sekreteriat IPT dan alumni seluruh negara..

dan objektif ini telah dicapai di akhir seminar dimana ukhwah diantara semua IPT terjalin dan memantapkan lagi kekuatan SPR IPT dalam menjayakan aktiviti2 SPR akan datang.Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini SPR UMK telah bergabung tenaga bersama SPR UNIMAP dalam menjayakan program Baktisiswa Menggapai Angkasa Di Sanglang Perlis pada tahun 2009..dan akan datang InsyaALLAH SPR UMK bakal bergabung dengan mana2 SPR IPTA lain dalam memantapkan ukhwah dan pelaksanaan program pada masa kan datang.

SPR IPT yang telah terlibat dalam Seminar ini adalah SPR UNIMAP,SPR USM,SPR UNISZA,SPR UMT,SPR UUM,SPR UKM,SPR UMK,SPR UTM,SPR UTHM, SPR UPSI ,SPR USIM,SPR UNIMAS,SPR UMS.Antara pengisian seminar ini adalah seperti

1.Saluran komunikasi Berkesan oleh SPRM
2.Taklimat mengenai Halatuju Baru SPRM yang disampaikan oleh Y.Bhg Dato'Hajah Sutinah bt Sutan Timbalan Ketua Pesuruhjaya(Pencegahan)SPRM
3.Rundingan Meja Bulat Secara Berkumpulan(Apakah perubahan yang SPRM Perlu lakukan terhdap Golongan Sektor Pelajar ,Sektor Politik dan Sektor Perniagaan dalam aspek Pencegahan Rasuah)
4.Persembahan dari SPR IPT dengan tema:BERSAMA LAKUKAN PERUBAHAN
(SPR UMK,SPR USM,SPR UTHM,SPR UPNM,SPR USM)


Majlis MakaN Malam dan Perasmian FACEBOOK SPRM telah diadakan di Intekma Resort Uitm Shah Alam dan majlis Perasmian disampaikan oleh Y.Bhg.Dato'Sutinah bt Sutan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan )SPRM